• Home
  • Srikandi Muda
  • AJK Srikandimuda
  • Borang
  • Galeri
  • Video
  • Hubungi Kami
  • More
    • Home
    • Srikandi Muda
    • AJK Srikandimuda
    • Borang
    • Galeri
    • Video
    • Hubungi Kami
  • Home
  • Srikandi Muda
  • AJK Srikandimuda
  • Borang
  • Galeri
  • Video
  • Hubungi Kami

LGBT. MENGAPA?

SRIKANDI MUDA KONGSI CERITA

Tarikh : 15 June 2021

Time : 9:00 malam - 10:00 malam


Bersama

NURUL ATHIRAH AZIZ

AJK  Biro Srikandi Muda Malaysia

Find out more

PROGRAM SRIKANDI MUDA LEADERSHIP EMPOWERMENT

Jumaat, 23 April 2021

Four Seasons Hotel Kuala Lumpur

We Care - Riders Edition

Setiap langkah

Ada doanya

Setiap sumbangan 

Ada nilainya


Jgn pernah berhenti memberi sinar

Kerana sinar itu sebuah harapan


 We Care - Riders Edition 

#PemudaPerikatanNasional

#srikandimuda

'Semoga ada Jacinda Ardern versi Malaysia untuk majukan negara' - Pakar psikologi

KUALA LUMPUR: Ekologi organisasi politik selalunya membenarkan seseorang pemimpin duduk begitu lama sehingga peluang tunas baru terutama dari wanita muda tidak dibenarkan menyerlah.


Pakar Psikologi, Prof Puan Sri Dr Rohaty Mohd Majzub menegaskan, secara tersirat juga wujud sikap berat sebelah dalam landskap politik negara yang memberi peluang lebih kepada kaum lelaki sebagai pemimpin tegar berbanding wanita.


"Maka mutiara (serikandi) tinggal mutiara tidak digilap jadi berlian dan walau digilap pun duduklah di situ tidak bergerak ke atas.

"Puteri atau remaja patut diberi peluang yang sama memegang tampuk politik. Mereka pun berkelayakan hatta ada yang lebih layak dan berdedikasi.


"Sewajarnya pemimpin fikirkan secara jangka panjang dan terbuka berorientasikan persamaan atau ekualiti dalam perjuangan. Patut dikikis sikap menganggap kaum wanita sebagai tidak penting atau tidak layak diketengahkan. Semuga ada Jacinda Arden (Perdana Menteri New Zealand) versi Malaysia yang layak untuk memajukan negara ini," katanya semasa dihubungi di sini, pada Jumaat.


 Dalam pada itu kata Dr Rohaty, pelapis muda wanita adalah tunggak dan penyumbang kepada perkembangan ekonomi serta politik negara.

"Wanita dikatakan berkebolehan dan gigih dalam parti politik dan menjadi team player yang kuatberkerjasama dan setia. Maka peluang perlu dilaksanakan untuk pelapis seawalnya dari kolej dan universiti.


"Asas kepemimpinan dibina awal dengan melatih dalam aspek kecerdasan emosi khususnya komunikasi dan penyelesaian masalah. Belia dan remaja perlu berganding dengan masyarakat tempatan untuk mengenal tujuan hidup berkommuniti dan jadi agen perubahan yang berkesan.


"Dalam parti politik, bahagian puteri wajib diintegrasikan pelan untuk memperkasakan golongan ini menjadi pelapis yang berwibawa dan komited. Pelan perlu mantap dan dirancang dengan unjuran sekali bilangan wanita muda yang patut dinaikkan taraf memegang jawatan politik yang signifikan atau penting bukan tinggal di bawah hirarki dan semata-mata jadi frontliners membantu untuk pilihan raya," katanya.


Dalam pada itu, Pengerusi Srikandi Muda, Datin Ema Syuhaili Mohamad Sukor menjelaskan, mereka menolak sebarang bentuk 'warlord' parti yang pastinya menjadi tembok halangan bagi wajah politik baharu untuk ke hadapan dalam membawa suara rakyat.


Jelasnya yang juga Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional berkata, mereka menekankan aspek penerangan yang jelas di sosial media serta memastikan setiap kepimpinannya terus progesif dalam menyampaikan idealisma semasa bertepatan dengan falsafah perjuangan parti.


"Srikandi Muda bukan peraih undi dan tidak tertakluk kepada cita-cita politik semata-mata.


"Sebaliknya Srikandi Muda adalah wadah politik baharu yang ditunjangi anak muda wanita untuk menjadi jambatan kebajikan rakyat, termasuklah bantuan bekalan makanan kepada fakir miskin, mangsa banjir, bencana alam dan semestinya kepada semua lapisan masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19.


"Srikandi Muda juga cakna dengan kumpulan masyarakat minoriti yang dipinggirkan jurang dan menjadi perdebatan awam. Srikandi Muda ditunjangi wanita muda dari pelbagai latar belakang kerjaya, dalam matlamat untuk menjadikan politik sebagai landasan penting untuk kejayaan rakyat dan negara," ujarnya.


Sebelum ini, Bekas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk A. Kadir Jasin menyarankan agar peluang diberikan kepada pemimpin muda mengambil alih secara teratur dan terancang demi menjamin kesinambungan pemerintahan negara.


Dalam satu tulisan di Facebooknya, Tokoh Wartawan Nasional itu berkata, sudah tiba masanya untuk kepimpinan politik yang ada sekarang diganti.

Ema Syuhaili Ketuai Biro Srikandi Muda Malaysia

27 NOV: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datin Ema Syuhaili Mohamad Sukor hari ini dilantik mengetuai Biro Srikandi Muda Malaysia.


Perkara tersebut diumumkan menerusi portal biro tersebut yang baharu sahaja ditubuhkan di bawah sayap Srikandi Malaysia yang merupakan usaha bagi mengukuhkan kedudukan parti itu dalam kalangan masyarakat.


Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira dan meneliti tentang latar belakang Ema yang berpengalaman dalam politik dan pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam parti. 

 

“Beliau adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan Exco Srikandi Bersatu Malaysia. 


“Berusia 30 tahun, Datin Ema Syuhaili berkelulusan Degree in Computer Science, Software Engineering,” katanya.


Dalam pada itu, menerusi kenyataan itu, Biro Srikandi Muda merupakan wadah khusus untuk memberi peluang kepada kaum wanita berusia di bawah umur 30 tahun menabur bakti melalui bidang politik.


Menurut kenyataan itu, dengan adanya biro ini, mereka boleh mengasah bakat kepimpinan ke arah melahirkan pemimpin masa depan yang berkaliber, selain memberi ruang untuk menabur bakti kepada masyarakat melalui aktivit-aktiviti yang sesuai dengan keperluan semasa.

“Asas aktiviti Biro Srikandi Muda ini ialah pendidikan, sukan, kesenian, perniagaan atas talian, latihan asas dan keagamaan.


“Sesuai dengan keperluan dan minat golongan berusia di bawah 30 tahun, biro ini akan memberi penekanan untuk aktif dalam platform media sosial seperti Facebook, Youtube, Instagram, Twitter, Whatsapp, Zoom, Tik Tok dan Snap Chat.


“Sebagai golongan pewaris kepimpinan masa depan, tagline Biro Srikandi Muda adalah “We are our future”, “kata Biro Srikandi Muda.– Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH


Pnbbcportal

Srikandi Muda ditubuh, wadah baharu pelapis pemimpin - Rina Harun

KUALA LUMPUR: Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Rina Mohd Harun mengumumkan penubuhan Srikandi Muda dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada pagi Sabtu.


Jelasnya, platform di bawah Agenda Pemerkasaan Srikandi, Agenda Bertindak 2.0 (2020-2035) itu dijangka bakal melatih pemimpin dan pelapis dari golongan muda bersama Bersatu.

"Penubuhan platform Srikandi Muda adalah wadah baharu dalam mengemudi anak muda ke puncak kejayaan. Saya ingin tekankan bahawa adalah amat penting untuk kita melatih bakal pemimpin, pelapis kita sedari usia muda.


"Memandangkan usia layak mengundi adalah 18 tahun, kita adakan program outreach golongan mahasiswa/beliawanis dan remaja agar mereka sertai Srikandi. Srikandi Muda adalah harapan kita dalam membawa parti Bersatu untuk terbang lebih tinggi, dan mustahil berpatah arang dalam perjuangan membawa panji-panji rakyat," jelasnya lagi.


Astroawani

Sertai kami Srikandi Muda Malaysia

Marilah kita bersama Majukan Negara

Sertai Kami

Visi dan Misi Srikandi Muda Malaysia

Visi

  Memberikan peluang kepada wanita -wanita muda untuk melakukan aktiviti yang seiring dengan kehendak terkini.

Misi

  Srikandi muda menjadi platform untuk melahirkan wanita muda yang hebat serta berwawasan sebagai pemimpin akan datang.

Tagline

 #WEARETHEFUTURE  

Aktiviti Srikandi Muda Malaysia

23/4/2021

Program Srikandi Muda Leadership Empowerment

Kuala Lumpur

23/4/2021

Program Srikandi Muda Leadership Empowerment

Kuala Lumpur

6/12/2020

Program ziarah Srikandi Muda Malaysia bersama ketua Srikandi BERSATU MELAKA

Melaka

6/12/2020

Program ziarah Srikandi Muda Malaysia bersama ketua Srikandi BERSATU MELAKA

Melaka

4/12/2020

Srikandi Muda Care bersama Orang Asli Kuala Krau, Pahang

Pahang

4/12/2020

Srikandi Muda Care bersama Orang Asli Kuala Krau, Pahang

Pahang

3/12/2020

Srikandi Muda Sama sama bantu untuk musim Banjir di Terengganu

Terengganu

3/12/2020

Srikandi Muda Sama sama bantu untuk musim Banjir di Terengganu

Terengganu

3/12/2020

Program persiapan Banjir Negeri Terenganu Ambik Cakne Ketengah

Terengganu

3/12/2020

Program persiapan Banjir Negeri Terenganu Ambik Cakne Ketengah

Terengganu

More Events

Melibatkan diri!

Hubungi kami

Tinggalkan pesanan anda!

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

Media Sosial Kami

Copyright © 2020 Sri Kandi Muda Malaysia  

admin@srikandimuda.com - All Rights Reserved.  

  • Home
  • Srikandi Muda
  • AJK Srikandimuda
  • Borang
  • Galeri
  • Video
  • Hubungi Kami

Powered by Srikandi Muda

Laman web ini menggunakan kuki.

Kami menggunakan kuki untuk menganalisis lalu lintas laman web dan mengoptimumkan pengalaman laman web anda. Dengan menerima penggunaan kuki kami, data anda akan digabungkan dengan semua data pengguna lain.

Terima